KELEBIHAN-KELEBIHAN DAN MANFAAT JAM TAWAF / JAM TANGAN KE KANAN (ANTICLOCKWISE):

Jam tangan arah ke kanan atau Jam Tawaf ini asalnya digunakan bagi tujuan terapi dan perubatan alternatif. Namun begitu ramai juga pengguna yang meminatinya disebabkan kelainan yang ditonjolkan oleh jam ini iaitu kesemua jarum jam dan susun atur nombor jam ini adalah mengikut arah lawan jam (anticlockwise) ataupun pergerakan tawaf.

Jam Tawaf  sebenarnya direka dengan mengambil kira hukum alam semulajadi yang tanpa kita sedari kebanyakannya juga sebenarnya adalah bergerak dalam arah lawan jam.

  Sebagai Contoh 

Acara-acara sukan seperti lumba lari, berbasikal, lumba kuda dan perlumbaan kereta NASCAR yang menggunakan trek bujur semuanya berlumba mengikut arah tawaf/anticlockwise.

Menyedari akan kepentingan jamtawaf, beberapa pihak juga telah turut tampil untuk membantu memperkembangkan penggunaan jam anticlockwise ini.

Kami juga sedar akan hakikat ini. Bermula daripada situlah, kami mula tampil bagi membantu lebih ramai pengguna memiliki jam tangan tawaf (anticlockwise) pada harga mampu milik di samping membantu lebih ramai pengguna untuk kembali kepada sunnatullah / kembali kepada fitrah melalui pemakaian jam tangan anticlockwise / jam tangan tawaf yang bergerak selari dengan alam ciptaanNya.

Walaupun jam tawaf yang kami tawarkan mungkin berbeza daripada segi jenama dan rekabentuk berbanding jam-jam tawaf lain di pasaran, ujian kinesiologi (muscle test) ke atas jam-jam tawaf (anticlockwise) kami membuktikan bahawa jam-jam tawaf yang kami jual tetap mempunyai kesan yang segera (instant effect) terutamanya ke atas kestabilan dan kekuatan badan pengguna walaupun baru beberapa saat jam dipakai (Rujuk testimoni pengguna di link: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.324936320940340.57971.214400948660545&type=1 ).

Secara umumnya, jam tawaf atau Jam anticlockwise ini mempunyai khasiat-khasiat yang berikut (seperti dipetik daripada laman web Color Vibration Theraphy):

1. Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat.
2. Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran mesej
tenaga secara tetap dan sekata.
3. Membantu mengawal rentak jantung
4. Mengharmonikan sistem kesemua kelenjar.
5. Memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.

MENGUKUHKAN 7 KEADAAN:

1. Keberanian mengatasi Kesilapan.
2. Kelajuan mengatasi Kelewatan.
3. Kemudahan mengatasi Rintangan.
4. Kestabilan mengatasi Kucar-kacir.
5. Kekuatan mengatasi Kelemahan.
6. KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN.
7. KEJAYAAN mengatasi KEGAGALAN.

Pergerakan ke KANAN adalah pergerakan semulajadi alam. Dalam agama Islam, semua perkara yang baik disunatkan dimulakan dengan sebelah KANAN. Dalam Quran, golongan yang akan dimasukkan ke dalam Jannah juga dipanggil ‘As-habul Yamin’ atau golongan KANAN.

Pergerakan tawaf adalah pergerakan ke KANAN (lawan arah jam). Elektron yang mengelilingi nukleus dalam atom juga bergerak ke KANAN. Secara amnya, KANAN boleh dikatakan sebagai lambang kepada kebaikan sejagat.

 

Jam tawaf (anticlockwise) menggunakan konsep ke KANAN ini bagi mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh kita secara semulajadi.

Secara jujurnya, jam ke kanan (anticlockwise) ini adalah jam yang sebenar-benarnya yang harus dipakai oleh kita disebabkan oleh manfaat yang bakal diperolehi daripadanya.

Daripada perspektif metafizik, jam tawaf dikatakan mampu untuk menyerap tenaga dan gelombang positif dari alam sekeliling secara semulajadi. Tenaga inilah yang kemudiannya dapat memberi manfaat kepada pemakai bagi memenuhi fungsi-fungsi jam tawaf seperti yang dinyatakan di atas.

Manakala jam konvensional biasa (clockwise) pula dikatakan akan menyebabkan kehilangan tenaga dari dalam badan pemakai kerana ianya membebaskan tenaga dan gelombang positif dari dalam diri pemakai tanpa kita sedari. Maka, boleh dikatakan bahawa sesiapa yang memakai jam biasa (clockwise) sebenarnya sedang mengalami kehilangan tenaga secara halus tanpa mereka sedari.

Pada hari ini, pelbagai jenis jam tangan tawaf ditawarkan di pasaran dalam pelbagai rekabentuk dan saiz. Selari dengan peredaran masa, fesyen dan juga rekabentuk jam tangan tawaf turut tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh trend semasa. Walau bagaimanapun rupa jam tangan tawaf yang anda pakai, fungsi dan manfaat yang diperolehi oleh pemakai adalah tetap sama.

Terkini, kajian yang kami jalankan mendapati bahawa masyarakat Yahudi di Eropah sebenarnya telah pun menggunakan jam arah ke kanan ini sejak beratus tahun yang lalu setelah menyedari akan manfaat yang diperolehi daripada penggunaan jam ini (Rujuk:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=369836269783678&set=a.356514081115897.1073741825.214n400948660545&type=1&theater )

Artikel ini ditulis oleh En. Hisham Mohammad, pensyarah di Sekolah Pengajian Ekonomi, Kewangan & Perbankan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.